June 26th, 2009 at 4:35 pm
PEMUDA PAKATAN RAKYAT
26 Jun 2009Y.Bhg. Dato’ Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA
Y.Bhg. Dato’
MEMORANDUM MENDESAK PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.
1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’, pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.
2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.
3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ Seri
Anwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.
4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato’ untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato’ tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.
Continue Reading »
June 18th, 2009 at 2:31 pm
Assalamu’alaikum dan salam reformasi,
Bagi pihak Moderator AMK Malaysia, saya akui kelemahan dan akan cuba diperbaiki dengan segera. Harap maklum bahawa pihak kami mengalami masalah serius untuk ‘daftar masuk’ ke Web AMK Malaysia dimana ianya telah digodam terus menerus oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
masalah tersebut baru saja dapat diatasi.
Jutaan kemaafan dipohon atas kesulitan yang pihak tuan hadapi.
AMKM
————————————————————————————————————————
LAMAN WEB AMK MALAYSIA LESU
Continue Reading »
June 18th, 2009 at 2:15 pm
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
“Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).
“Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Continue Reading »
June 18th, 2009 at 1:33 pm
Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.
Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara.
Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.
Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.
Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Act.
Helman Samsudin adalah pelajar yang dilepaskan.
Seorang lagi pelajar, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.
Mereka diwakili oleh Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Ikhwan.
Continue Reading »
June 17th, 2009 at 7:35 pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang bakal dihadapinya mulai awal bulan depan.
Ketua umum PKR juga menfailkan satu notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang akan berlangsung antara 1 hingga 24 Julai ini.
Permohonan-permohonan tersebut dibuat oleh peguamnya Sankara Nair di pejabat pendaftar mahkamah petang ini.
Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pihak pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bagi memudahkannya membela diri.
Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Continue Reading »
June 17th, 2009 at 6:14 pm
JAKARTA: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap besan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kerana terlibat dalam kes pecah amanah.
Keputusan Mahkamah tersebut dilihat boleh membantu Susilo untuk dipilih kembali sebagai Presiden kerana kesungguhanya untuk membanteras jenayah berkenaan.
Kes yang melibatkan bekas pegawai bank pusat, Aulia Pohan merupakan satu ujian yang penting untuk menentukan kesungguhan Indonesia menghapuskan masalah rasuah, terutamanya kes yang melibatkan individu yang mempunyai pengaruh.
Anak perempuan Aulia yang berkahwin dengan anak sulong Susilo, merupakan satu daripada empat pegawai bank pusat yang terlibat dalam skandal yang menyebabkan kerugian kepada negara sebanyak 100 bilion rupiah (RM36.4 juta).
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah ke atas beliau kerana kesalahan membenarkan pembayaran yang tidak sah kepada ahli parlimen, hukaman tersebut lebih tinggi daripada yang diminta oleh pendakwaraya.
Continue Reading »